1. Bikar
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguEu3X-JsXiyYqlCjzF3RAiZHwf02st06xcBb5dJveWc8t_M7tNnIYQfgJCsH4ifn5YgH5eeQKy_uKk7EPUWSYVfoGFWUOel80oEpye-JQvRfuXokQTxQ8i-oGw4Tp7mM6HOaglYTrzHc/s400/imagesCAPW0394.jpg)
Bikar adalah sebuah bekas ringkas yang boleh digunakan untuk mencampurmengacau dan memanaskan cecair.Ia biasanya digunakan di dalam makmal sains.Secara umumnya,bikar adalah berbentuk silinder,di mana tapaknya rata dan mempunyai bibir untuk mencurah cecair.
Kebanyakan bikar juga mempunyai muncung yang kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah ,ia penting untuk membantu menuangkan cecair.Bikar yang ada sekarang mempunyai pelbagai saiz ,dari 1 mililiter sehingga beberapa liter.
Bikar kelihatan seperti sebuah cawan yang besar yang dapat mengukur isipadu cecair setelah cecair dituang ke dalamnya.Pelbagai jenis cecair boleh digunakkan ,termasuklah air,bahan pembersih dan juga minyak. Penanda-penanda atas bikar dapat menunjukkan berapakah isipadu sesuatu cecair itu.
2. Silinder penyukat
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhplVyC9TzWlERykke8TRtDzyGWXh4qoOmzMSFIZRfiH8vHro8uyrzhKBi9B33dNKQGtHXjg5MRXA91HfRxaaIiYpeejGXYGFkjMoVHH0_D26vBbxTb20fkVjXEu7NB26NbL9qTPsHlfM/s400/imagesCAUX4BCM.jpg)
Bagi murid tahun 2, mengukur isipadu cecair adalah agak sukar.Latihan akan membuat murid itu semakin mahir,tetapi bukan pakar. Semasa menggunakan silinder penyukat ,ia memerlukan pengalaman dan kemahiran.
Perbincangan atas bahagian-bahagian ukuran atas silinder penyukat.Sebuah silinder penyukat mengukur isipadu cecair dalam milliliter.
Bagi mendapat bacaan yang betul,silinder penyukat perlu diletakkan di permukaan yang rata.Semasa mengambil bacaan,pastikan mata kita berada pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut.Sekiranya guru mengukur isipadu air, kita boleh letakkan sekeping kertas warna di belakang silinder penyukat untuk memudahkan kita membaca skala.
No comments:
Post a Comment