Aktiviti pengajaran ini bertujuan mengajar murid dan membatu mereka menyelesaikan masalah salah tanggapan konsep isipadu cecair tadi secara membuat perbandingan.Aktiviti pengajaran ini melibatkan perbandingan perbezaan antara silinder penyukat ( di mana ia adalah tinggi dan kurus) dan bikar (di mana ia gemuk dan rendah) . Kedua-dua alat penyukat ini digunakan kerana kedua –dua bekas ini adalah memang berbeza. Oleh itu ,murid dapat membezakannya dengan mudah.Aktiviti ini juga memerlukan interaksi antara guru dengan murid.Murid juaga perlu berinteraksi antara satu sama lain sepanjang aktivit pengajaran.Interaksi ini penting untuk murid yang lemah ini mudah faham dan belajar dengan seronok dan gembira.
Hasil Pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid dapat:
1.Mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit standard.
Bahan bantu mengajar:
10 botol mineral
Air anggur
Silinder penyukat
Bikar yang berlainan saiz
Langkah-langkah Aktiviti Pengajaran.
1. Dengan menggunakan silinder penyukat 10 ml , guru akan masukkan air anggur ke dalam botol mineral kosong.
2. Guru masukkan mengikut urutan botol yang pertama berisi 1 bekas silinder penyukat(10ml)
3. Botol yang kedua berisi 2 bekas silinder penyukat.Sehinggalah bekas
yang kesepuluh dengan menggunakan 10 bekas.
HASILNYA :
Berikut adalah isipadu-isipadu air anggur yang telah di sukat dan di masukkan ke dalam botol air minuman.
4.Guru meminta murid membuat perbandingan dan mengemukakan soalan:
Yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih banyak Bekas botol
mineral A atau Bekas botol mineral B?
5.Guru membuat respon.
Ya , Betul sangkaan kamu.Bekas botol mineral A adalah yang mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding bekas botol mineral B.
6. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Satu bikar dan silinder penyukat seperti di bawah ditunjukkan kepada setiap kumpulan.
7. Murid akan diminta membezakan kedua–dua bekas ini dan nyatakan yang mana satu mampu mengisi lebih banyak air.Di sini,guru perlu berikan sedikit tips dengan menanya soalan seperti “mana satu bekas tinggi?” , “mana satu bekas gemuk?” dan sebaginya.Soalan-soalan ini akan membantu murid berfikir dengan baik.Setiap kumpulan perlu menerangkan sekurang-kurangnya 2 perbezaan bagi kedua-dua bekas ini.
8. Selepas itu,setiap cirri-ciri bikar dan silinder penyukat akan ditulis di atas papan putih supaya murid dapat rujuk semula.
9. Kita andaikan Kumpulan A,B,C dan D.Setiap kumpulan akan menerima:
Kumpulan A : Sebuah silinder penyukat 100ml yang berisi 100ml air .
Kumpulan B : Sebuah bikar 100ml yang berisi 100 ml air.
Kumpulan C : Sebuah silinder penyukat 100ml yang tidak berisi air.
Kumpulan D : Sebuah bikar 100ml yang tidak berisi air.
10. Guru menanya setiap kumpulan sama ada air yang diberi itu dapat diisi ke dalam silinder penyukat dan bikar.
11. Kumpulan A akan menuangkan 100ml air dalam silinder penyukatnya ke dalam bikar kosong di kumpulan D manakala Kumpulan B pula akan menuangkan 100ml air dalam bikarnya ke dalam silinder penyukat kosong di kumpulan C.Akhirnya,kita mempunyai sebuah silinder penyukat yang berisi air 100ml dan sebuah bikar yang berisi 100ml air.
12. Murid diminta untuk memerhatikan paras air dalam setiap bekas.
13 Di sini murid akan nampak paras air dalam silinder penyukat adalah tinggi jika dibanding dengan bikar.Setiap murid ditanya sebab kenapa paras air setiap bekas tidak sama sedangkan 100ml air yang sama dimasukkan .Ketika ini,guru perlu mengingat kembali murid tentang ciri- ciri bikar dan silinder penyukat yang dibincangkan sebelum ini.
14. Akhir sekali,guru menerangkan bahawa paras air setiap bekas tidak dapat menunjukkan kapasitinya.
No comments:
Post a Comment