Thursday, November 18, 2010

PENGENALAN

Pengenalan:

Pengukuran isipadu cecair merujuk kepada berapa kuantiti cecair itu dapat diisi dalam sesebuah bekas.Walau bagaimanapun,kita hendaklah sedar bahawa murid kita selalu mempunyai tanggapan bahawa isipadu sesuatu cecair akan berubah sekiranya cecair itu dituang pindah dari satu bekas ke bekas yang berlainan saiz. Merujuki kepada diagram 1, murid akan berpendapat bahawa bekas yang mempunyai paras air yang tinggi itu mempunyai kapasiti air yang tinggi. (iaitu bekas sebelah kiri di c).















Diagram 1: Salah tanggapan konsep dalam isipadu cecair

VIDEO MENGENAI CARA MENGUKUR ISIPADU CECAIR

Video mengenai cara mengukur isipadu cecair



Tayangan video ini menunjukkan cara isipadu cecair diukur. Dalam video ini , beberapa buah silinder penyukat digunakan mengukur isipadu air.Sebagai permulaan ,air diisi ke dalam silinder penyukat supaya mencapai 60ml . Untuk mencapai 60ml, paras air dalam silinder penyukat mesti berada bacaan 60ml. Guru telah memberitahu bahawa untuk bagi mendapat bacaan yang betul,silinder penyukat perlu diletakkan di permukaan yang rata.Semasa mengambil bacaan,pastikan mata kita berada pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut.Pada pendapat saya,disebabkan guru mengukur isipadu air, kita boleh letakkan sekeping kertas warna di belakang silinder penyukat untuk memudahkan kita membaca skala.

2 Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai

Dua alat bantu mengajar yang boleh digunakan.

1. Bikar



Bikar adalah sebuah bekas ringkas yang boleh digunakan untuk mencampurmengacau dan memanaskan cecair.Ia biasanya digunakan di dalam makmal sains.Secara umumnya,bikar adalah berbentuk silinder,di mana tapaknya rata dan mempunyai bibir untuk mencurah cecair.
Kebanyakan bikar juga mempunyai muncung yang kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah ,ia penting untuk membantu menuangkan cecair.Bikar yang ada sekarang mempunyai pelbagai saiz ,dari 1 mililiter sehingga beberapa liter.
Bikar kelihatan seperti sebuah cawan yang besar yang dapat mengukur isipadu cecair setelah cecair dituang ke dalamnya.Pelbagai jenis cecair boleh digunakkan ,termasuklah air,bahan pembersih dan juga minyak. Penanda-penanda atas bikar dapat menunjukkan berapakah isipadu sesuatu cecair itu.



2. Silinder penyukat





Bagi murid tahun 2, mengukur isipadu cecair adalah agak sukar.Latihan akan membuat murid itu semakin mahir,tetapi bukan pakar. Semasa menggunakan silinder penyukat ,ia memerlukan pengalaman dan kemahiran.
Perbincangan atas bahagian-bahagian ukuran atas silinder penyukat.Sebuah silinder penyukat mengukur isipadu cecair dalam milliliter.
Bagi mendapat bacaan yang betul,silinder penyukat perlu diletakkan di permukaan yang rata.Semasa mengambil bacaan,pastikan mata kita berada pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut.Sekiranya guru mengukur isipadu air, kita boleh letakkan sekeping kertas warna di belakang silinder penyukat untuk memudahkan kita membaca skala.

AKTIVITI PENGAJARAN UNTUK MURID CERDAS

Aktiviti Pengajaran untuk Murid Cerdas

Aktiviti pengajaran ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah salah tanggapan konsep isipadu cecair yang diuatakan sebelum ini dengan cara pemerhatian.Aktiviti ini melibatkan pemerhatian ke atas ciri-ciri bikar termasuklah diameter,saiz dan ketinggian.Selain dari itu,murid juga perlu memehatikan paras air setiap bikar.Aktiviti ini memerlukan banyak interaksi antara guru dan murid.Di samping itu, sepanjang pengajaran juga memerlukan bayak interaksi antara murid semasa mereka menjalani aktiviti-aktiviti kumpulan.

Hasil Pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat :
1. Mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit standard.

Bahan Bantu Mengajar:
Sebuah baldi yang berisi air yang berwarna
Beberapa bikar yang berlainan saiz

Langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran.

1. Beberapa bikar yang berlainan saiz dipamerkan dan murid diminta untuk membuat pemerhatian.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan terdiri daripada 4/5 orang murid.

3. Setiap kumpulan diminta menyatakan ciri-ciri setiap bikar (termasuklah ketinggian,diameter dan kapasiti) Langkah ini penting untuk mendedah kepada murid bahawa bikar yang ada ituadalah berlainan saiz.Interaksi antara murid dengan bimbiangan guru akan membantu mereka memahami dengan cepat dan mudah.




Diagram 2: Ciri-ciri bikar


4. Selepas itu,setiap bikar alan diisi 100ml air.Murid perlu memerhati ketinggian paras air setiap bikar.Ketika iti,sesetengah murid mula berasa hairan kenapa ketinggian paras air setiap bikar berbeza.

5. Seterusnya,guru akan tanya murid bikar mana satu yang mempunyai isipadu air yang paling tinggi.Soalan ini bertujuan untuk melihat sama ada murid sedar bahawa setiap bikar mempunyai isipadu air yang sama.

6. Andaikan murid tahu bahawa setiap bikar mempunyai isipadu air yang sama iaitu 100ml,guru boleh tanya murid kenapa paras air setiap bikar adalah berbeza.Selepas itu ,baru guru menerangkan bahawa bikar yang mempunyai diameter yang besar akan mempunyai paras air yang rendah manakala bikar yang mempunyai diameter yang kecil akan mempunyai paras air yang tinggi.

7. Akhir sekali, kesimpulan dibuat bahawa semasa membuat perbandingan cecair bagi dua bikar yang berlainan saiz , ketinggian paras air tidak boleh digunakan untuk menentukan isipadu cecair.

AKTIVITI PENGAJARAN UNTUK MURID LEMAH

Aktiviti Pengajaran Untuk Murid Lemah

Aktiviti pengajaran ini bertujuan mengajar murid dan membatu mereka menyelesaikan masalah salah tanggapan konsep isipadu cecair tadi secara membuat perbandingan.Aktiviti pengajaran ini melibatkan perbandingan perbezaan antara silinder penyukat ( di mana ia adalah tinggi dan kurus) dan bikar (di mana ia gemuk dan rendah) . Kedua-dua alat penyukat ini digunakan kerana kedua –dua bekas ini adalah memang berbeza. Oleh itu ,murid dapat membezakannya dengan mudah.Aktiviti ini juga memerlukan interaksi antara guru dengan murid.Murid juaga perlu berinteraksi antara satu sama lain sepanjang aktivit pengajaran.Interaksi ini penting untuk murid yang lemah ini mudah faham dan belajar dengan seronok dan gembira.

Hasil Pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid dapat:
1.Mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit standard.

Bahan bantu mengajar:
10 botol mineral
Air anggur
Silinder penyukat
Bikar yang berlainan saiz

Langkah-langkah Aktiviti Pengajaran.

1. Dengan menggunakan silinder penyukat 10 ml , guru akan masukkan air anggur ke dalam botol mineral kosong.

2. Guru masukkan mengikut urutan botol yang pertama berisi 1 bekas silinder penyukat(10ml)

3. Botol yang kedua berisi 2 bekas silinder penyukat.Sehinggalah bekas
yang kesepuluh dengan menggunakan 10 bekas.

HASILNYA :



Berikut adalah isipadu-isipadu air anggur yang telah di sukat dan di masukkan ke dalam botol air minuman.


4.Guru meminta murid membuat perbandingan dan mengemukakan soalan:

Yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih banyak Bekas botol
mineral A atau Bekas botol mineral B?

5.Guru membuat respon.

Ya , Betul sangkaan kamu.Bekas botol mineral A adalah yang mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding bekas botol mineral B.

6. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Satu bikar dan silinder penyukat seperti di bawah ditunjukkan kepada setiap kumpulan.





7. Murid akan diminta membezakan kedua–dua bekas ini dan nyatakan yang mana satu mampu mengisi lebih banyak air.Di sini,guru perlu berikan sedikit tips dengan menanya soalan seperti “mana satu bekas tinggi?” , “mana satu bekas gemuk?” dan sebaginya.Soalan-soalan ini akan membantu murid berfikir dengan baik.Setiap kumpulan perlu menerangkan sekurang-kurangnya 2 perbezaan bagi kedua-dua bekas ini.

8. Selepas itu,setiap cirri-ciri bikar dan silinder penyukat akan ditulis di
atas papan putih supaya murid dapat rujuk semula.

9. Kita andaikan Kumpulan A,B,C dan D.Setiap kumpulan akan
menerima:

Kumpulan A : Sebuah silinder penyukat 100ml yang berisi 100ml air .
Kumpulan B : Sebuah bikar 100ml yang berisi 100 ml air.
Kumpulan C : Sebuah silinder penyukat 100ml yang tidak berisi air.
Kumpulan D : Sebuah bikar 100ml yang tidak berisi air.

10. Guru menanya setiap kumpulan sama ada air yang diberi itu dapat
diisi ke dalam silinder penyukat dan bikar.

11. Kumpulan A akan menuangkan 100ml air dalam silinder
penyukatnya ke dalam bikar kosong di kumpulan D manakala Kumpulan B pula akan menuangkan 100ml air dalam bikarnya ke dalam silinder penyukat kosong di kumpulan C.Akhirnya,kita mempunyai sebuah silinder penyukat yang berisi air 100ml dan sebuah bikar yang berisi 100ml air.

12. Murid diminta untuk memerhatikan paras air dalam setiap bekas.

13 Di sini murid akan nampak paras air dalam silinder penyukat adalah
tinggi jika dibanding dengan bikar.Setiap murid ditanya sebab kenapa paras air setiap bekas tidak sama sedangkan 100ml air yang sama dimasukkan .Ketika ini,guru perlu mengingat kembali murid tentang ciri- ciri bikar dan silinder penyukat yang dibincangkan sebelum ini.

14. Akhir sekali,guru menerangkan bahawa paras air setiap bekas tidak
dapat menunjukkan kapasitinya.




KESIMPULAN

Kesimpulannya:

Sebagai kesimpulan ,tanggapan bahawa bekas yang mempunyai paras air yang tinggi mempunyai kapasiti yang banyak oleh murid-murid tahun 2 boleh dibetulkan dengan menggunaakan alat membantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik

Dengan kata lain,semasa memilih alat bantu mengajar ,kita perlu tahu pengetahuan sedia ada murid ,kesesuaian alat/ bahan itu kepada kandungan pengajaran serta memastikan alat/bahan itu boleh dilihat ,didengar dengan jelas.

Pengajaran dan pembelajaran berpusatan murid menggalakan interaksi dan penglibatan murid,ia juga menggalakkan murid banyak berfikir. Interaksi antara guru,murid dan alat/bahan bantu mengajar dapat memastikan objektif pengajarn dan pembelajaran tercapai.